Tuesday 30 April 2013

Hot di Kuantan : Kampong Selamat Sudah Tak Selamat


Beberapa tahun lalu, kecoh kat Kampung Selamat ini pasal kes pecah rumah. Modus operandinya masuk ikut atap/siling rumah ketika penghuni tiada di tumah. Barang-barang berharga seperti komputer riba, barang kemas, duit ringgit dan duit syiling antara barang yang dia sebat. Akhirnya, setelah operasi dijalankan, akhirnya si pemecah masuk dapat ditangkap.

Baru-baru ini, ada pulak kes baru...Kisah seperti berikut yang dipetik dari Harian Metro....


Selepas kira-kira seminggu berdiam diri, seorang lelaki dipercayai gila seks kembali ‘mengganas’ dan mencuri pakaian dalam dari rumah sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, kelmarin.
Suspek yang dipercayai seorang remaja berusia 17 tahun itu, dikatakan melakukan perbuatan berkenaan sejak Januari lalu, namun mula menghentikan seketika tabiat pelik itu selepas mangsa membuat laporan polis.

Walaupun sebelum ini dia pernah memulangkan semula pakaian dalam dicuri bersama sepucuk surat mengakui tidak akan mengulangi perbuatan keji berkenaan, namun semua itu dianggap hanya sandiwara. Mangsa, berkata tindakan lelaki terbabit seolah-olah tidak serik walaupun laporan polis sudah dibuat dan masih lagi melakukan perbuatan sama.


Mangsa berkata, remaja gila seks terbabit yang pernah mengirim sepucuk ‘surat cinta’ dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini, tetapi dia mungkir janji kerana bertindak mencuri lagi pakaian dalam di rumahnya.

“Saya bingung kenapa lelaki berkenaan masih mencuri pakaian dalam kami sedangkan dia sudah memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

“Kami yakin ini perbuatan individu sama mencuri pakaian dalam dan mengirimkan surat yang berbaur lucah sebelum ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Mangsa berkata, sebelum ini individu terbabit memulangkan semula pakaian dalam yang dicuri dengan melemparkannya di halaman rumah mereka, namun kali ini suspek mencuri pakaian dalam dan menggantikannya dengan pakaian dalam milik orang lain. “Pakaian dalam yang dipulangkan itu bukan milik kami dan kami percaya ia dicuri dari mangsa lain di sekitar kawasan ini,” katanya.

Menurutnya, dia bersama tujuh lagi rakannya yang menyewa di rumah berkenaan kini bingung dan bimbang memikirkan kejadian menimpa mereka.



Harian Metro 28 Februari lalu, melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak gila mencuri pakaian dalam sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, dipercayai kerana gian menghidu seluar dalam dan coli.

Perkara itu diakui sendiri suspek apabila turut mengirim sepucuk ‘surat cinta’ kepada mangsa dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini.

Dalam surat dikirim bersama segumpal pakaian yang dicuri itu, remaja lelaki terbabit tanpa segan silu memaklumkan dia berbuat demikian kerana terlalu gian menghidu pakaian dalam wanita.

Apakah Kampung Selamat sudah tidak selamat? Berodalah agar semua selamat.....

Hot di Bangi : Car Boot Sales




Bangi: Program jualan amal 'Car Boot Sales’ anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung termasuk 25 kereta yang mengambil bahagian sebagai peserta.

Pengurus Kedai Amal IRM Datin Norelan Ismail berkata, acara yang diadakan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini pada Ahad terakhir setiap bulan, menjadi lokasi strategik orang ramai membeli barang terpakai.

Bulan April merupakan kali kedua ia diadakan selepas bulan lalu. Sambutan yang positif ini menunjukkan ramai pengunjung yang masih berminat membeli barang terpakai. Acara ini yang berterusan pada masa akan datang mendapat kerjasama Komuniti Pemilik MPV Malaysia dan Majlis Perbandaran Kajang.




Sesiapa yang nak menyertai Car Boot Sales ni, yuran sewa tapak RM25 yang dikenakan untuk peserta. Yuran ini disumbangkan kepada tabung IRM untuk digunakan dalam program amal lain pada masa hadapan.

Program bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari, dan antara barang terpakai yang dijual ialah buku, pakaian, kasut, pinggan, mainan kanak-kanak dan basikal.


Cerita asal dan gambar dari Hmetro

Saturday 27 April 2013

Calon Berkempen Tak Pakai Bra!

Heheheee...musim-musim pilihanraya nih macam-macam cerita ada. Tempohari pasal bendera parti yang berkaitan dengan seluar dalam. Ada yang digantung seluar dalam dan ada juga yang dimodified berbentuk seluar dalam...Kali ini, kisah di kedai kopi, pasal calon berkempen tak pakai bra! Hehehee..macam-macam..

Kata si pencerita (si A), ada calon parti ni berkempen tak pakai bra. Maka telinga pendengar (kawan-kawan si A) dikeliling pun tiba-tiba jadi tajam. Si A kata sepanjang waktu kempen ni memang begitu perangai dia. Rata-rata pendengar yang ada geleng-geleng kepala seperti tidak percaya. "Siapa dia? Parti mana?Cantik sangat ke dia tu? Dah habis modal ke dia tu nak beli bra? Agak-agak seluar dalam dia pakai tak?" Antara soalan-soalan yang dibincangkan meja kedai kopi berkenaan.

"Korang tak percaya mari malam ni ikut aku ke ceramah beliau"...kata si pencerita yang masih lagi merahsiakan siapakah calon berkenaan

Alkisahnya malam tu diorang pun pergi la ke ceramah yang dimaksudkan. Berakhirnya ceramah mereka masih belum mendapat jawapan yang dicari. "Yang mana satu orangnya?" Tanya mereka

"Laaa....yang beri ceramah tadi la" kata si A. 

"Yang beri ceramah tadi lelaki, bukan perempuan" balas mereka

"Laaa....betul la, lelaki mana pakai bra. Aku cuma cakap calon tu tak pakai bra. Aku tak cakap calon perempuan tak pakai bra" balas si A sengih-sengih.

Hahahaaaaa.....hampesss....Maka dikejarlah keliling kampung malam itu si A oleh kawan-kawannya.

Tuesday 23 April 2013

Rahsia Lelaki di Kamar Mandi ...



Dipetik dari majalah Maskulin....Betul ke macam ni? sama-sama baca....

Bilik air dianggap sebagai tempat untuk membersihkan diri, tidak kiralah mandi ataupun melepaskan ‘hajat yang tidak tertahan’. Sudah pasti wanita mahupun lelaki amat memerlukan perkarangan kecil ini. Tetapi adakah anda tahu bahawa wanita mahupun lelaki tidak mempunyai habit yang sama sebaik sahaja mereka mengunci pintu bilik air?

APA LELAKI LAKUKAN?

Daripada tinjauan yang dilakukan, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik beradik lelaki mereka mengambil masa lama sewaktu masuk ke bilik air. Kenapa perkara ini berlaku? Ayuh singkap rahsia lelaki apabila mereka di bilik air.
  • Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup privasi dan amat ‘istimewa’ buat kaum Adam di seluruh dunia. Apabila sudah menghabiskan masa dengan pasangannya, bagi mereka di bilik air sahaja merupakan ‘masa’ untuk mereka bersendirian. Tiada gangguan anak-anak, isteri mahupun panggilan telefon. Maka, mereka menikmati saat ini sebaiknya.
  • Ada lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, impaknya mereka terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri untuk hari itu.
  • Mungkin menimbulkan perasaan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang boleh mandi hanya lima minit. Bergantung kepada individu.
  • Lelaki suka membaca apabila di dalam bilik air terutama ketika ‘melepaskan hajat’. Tidak kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel mengenai isu semasa dan juga politik. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri.
  • Waktu ini dianggap sebagai masa untuk berfikir ataupun mengetahui perkara yang terlepas pandang. Maka, jangan hairan jika terserempak si suami ataupun ahli keluarga lelaki menjinjit buku masuk ke dalam bilik air. Cukup berlainan daripada wanita.
  • Jangan dimarahi pasangan anda jika berada lama. Percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dahulu sebelum bercukur. Merapikan janggut sahaja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi dan juga melepaskan hadas besar.    
  • Wanita suka serkap jarang mengatakan lelaki berada lama di bilik air kerana mereka sedang melakukan onani. Setelah diselidiki sendiri oleh Maskulin terhadap 20 orang lelaki di Malaysia secara rambang, 8 orang lelaki mengaku melakukan onani di dalam bilik air dan bakinya pula tidak. Maka mitos wanita sama sekali tidak benar tentang lelaki.
  • Jika yang merokok, mereka akan menghabiskan sebatang rokok dahulu terutamanya semasa membuang air besar sambil berfikir. Alasannya kerana di bilik air mereka bebas berkhayal apa sahaja topik yang dirasakan menarik tanpa sebarang gangguan.

PATUT TAHU: 
  • Raja Britain, George II mati akibat terjatuh di dalam tanda pada 25 Oktober 1760.
  • Pemegang di tandas awam mempunyai sehingga 40,000 kuman per inci persegi.
  • Walaupun dia tidak mencipta tandas, Thomas Crapper menyempurnakan sistem siram yang kita gunakan di tandas pada hari ini.
  • Secara purata, seseorang manusia menghabiskan masa selama tiga tahun hidupnya berada di dalam tandas.

Friday 19 April 2013

Memang Pasti !! Harimau Malaya vs Barcelona FC



Sahih sudah Skuad Harimau Malaya akan beraksi menentang pasukan gergasi bolasepak Sepanyol, Barcelona FC. Perlawanan akan dilangsungkan pada 10 Ogos 2013 di Stadium Bukit Jalil. Hai perlawanan ini dijangkan akan bersamaan dengan 3 Syawal 1434H. Pehhh...waktu Raya Aidilfitri tu....

Untuk pertama kali penampilan Barcelona di Malaysia, mereka bakal membariskan bintang-bintang utama mereka seperti Lionel Messi, Cesc Fabregas, Dani Alves, Gerard Pique, Pedro, Xavi, Andres Iniesta, Carles Puyol, David Villa dan penjaga gol, Victor Valdes.

Oleh yang demikian, tidak peliklah kenapa harga tiket yang dikhabarkan adalah diluar jangkaan !!! Harga tiket yang ditawarkan bagi perlawanan Malaysia menentang Barcelona FC ini adalah setinggi RM688 bagi tempat duduk VIP. Manakala bagi tempat duduk biasa harga adalah RM 388, RM 288, RM 208, RM 168 dan RM 98.

Tiket-tiket dijual mulai hari ini di beberapa lokasi seperti pusat beli-belah One Utama, Suria KLCC, pusat beli-belah Midvalley, The Curve dan Subang Parade.

Jadi, tuan-tuan rumah jangan terkejut jika anak-anak anda bersungguh-sungguh mengutip duit raya pada 2@3 hari pertama raya...mungkin mereka nak beli tiket tengok perlawanan ini...hihihhi...

                 

Thursday 18 April 2013

Bola di Transmission Lines : Air Craft Warning Light (ACWL)


Sejak dua menjak ni, aku nampak banyk orang cari info berkenaan seperti 'bola di transmission lines' , 'bola di pencawang' dalam list blog aku. Ada juga yang bertanya secara terus dengan aku. Baiklah, aku usahakan untuk mendapatkan maklumat tentang perkara berkenaan.

Aku bertanya pada orang yang kerja dengan TNB sendiri pasal benda ini. Beliau menyatakan bola pada transmission line tu diorang panggil Air Craft Warning Light (ACWL).


Dalam gambar di atas, bola berkenaan adalah dalam bulatan merah sebelah kanan. ACWL ini digunakan untuk memudahkan air craft (kapal terbang/jet) nampak dari jauh adanya talian transmission di laluan berkenaan. Tidak semua tempat TNB pasang benda ini. ACWL ini basanya dipasang berhampiran kawasan lapangan terbang dan laluan yang biasa digunakan oleh penerbangan sahaja.

Walaupun namanya 'light', namun benda ni tiada 'light' pun...sekadar menjadi penunjuk sahaja. Kalau sebelah malam, di puncak menara menara akan mempunyai lampu merah yang menyala (gambar atas bulatan kiri). Lampu ini akan menjadi petunjuk pula pada kapal terbang yang lalu....

Bola di transmission lines : Air Craft Warning Light

Sekian.... harap dapat membantu anda...

Program Bra Week di ZELL-V East Coast Mall

Post ini ditujukan khas buat wanita, perempuan, saudari dan cik-cik sekalian. Ini merupakan petikan dari sms yang diterima semalam...

"Program bra week dari 15-30 April 2013. Tempat di ZELL-V East Coast Mall (ECM) Kuantan Pahang. Bawa 1 bra yang lama untuk demo urutan serta bagaimana guna bra yang betul. Dapatkan temujanji dengan segera bagi peluang untuk diri sendiri memahami dan sayangkan kesihtan diri sendiri. Sila Hubungi penasihat kesihatan anda" 

Jadi pada sesiapa yang berminat...silalah bertindak...daripada tak buat apa-apa...baik jadi apa-apa...
Buat lelaki...bolehlah ajak isteri atau pasangan anda..........

Thursday 11 April 2013

PRU13 : Semakan Daftar Pemilih SPR


Gendang sudah dipalu..Tarikh mengundi telah diumumkan.

Adakah anda telah menyemak maklumat pengundian anda? Jika anda belum, mari semak daftar pemilih anda  di laman Suruhanjaya Pilihan Raya. Boleh klik kat sini: SPR

Sudah semak? Pastikan semuanya betul....Selamat mengundi !!!

UEFA CL: Barcelona & Bayern Munchen complete semi-final quartet



Dalam saingan UEFA Champion League, Barcelona dan Bayern Munchen menyertai Real Madrid dan Borussia Dortmund bagi  melengkapkan 4 pasukan ke peringkat separuh akhir. Undian peringkat separuh akhir ini akan diadakan pada hari Jumaat ini di UEFA HQ di Nyon, Switzerland.

Perlawanan seprauh akhir dijangka pada 23/24 April dan 30April/1 May ini. Pemenang akan mara ke perlawanan akhir yang akan dilangsungkan pada 25 May di Stadium Wembley.

Dalam perlawanan semalam di Nou Camp, Barcelona seri 1-1 dengan PSG menerusi jaringan Rodriguez dan Pastore. Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan juga mencatat keputusan seri 2-2. Barcelona mara dengan kelebihan jumlah jaringan di tempat lawan. Untuk rekod, ini merupakan kali ke-6 Barcelona layak ke peringkat separuh akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan

Dalam satu lagi perlawanan, Bayern menewaskan Juventus 2-0 menerusi gol oleh Mandzukic dan Pizarro. Bayern layak ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-0 setelah memperolehi kemenangan juga 2-0 pada perlawanan pertama.

Bagi 2 lagi pasukan, Real Madrid mara dengan agregat 5-3 dan Borussia Dortmund mara dengan agregat 3-2

Real Madrid menang 3-0 pada perlawanan pertama dan tewas 2-3 pada perlawanan kedua. Bintang mereka Ronaldo berjaya menyumbat 2 gol berharga pada perlawanan kedua. Ini merupakan kemaraan ke-24 Real Madrid pada peringkat separuh akhir.

Hasrat Malaga untuk mencipta sejarah lebur apabila tewas 3-2 kepada Dortmund pada perlawanan kedua yang penuh dramatik. Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan sekadar seri 0-0. Malaga sepertinya sudah melangkah ke separuh akhir apabila mendahului 2-1 ketika 90 minit permainan. Walaubagaimanapun jaringan Reus dan Felipe Santana pada masa tambahan meleburkan harapan Malaga.

Wednesday 10 April 2013

Gangguan Bekalan Air Kuantan Pahang (9-12 April 2013)


Notis Gangguan Bekalan Air Sekitar Kuantan - April 2013


Tarikh: Dari 9/4/2013 - 12 /4/2013 (Dalam Web PAIP Tulis Dari 10.04.2013 - 11.04.2013)
Masa : 8.00 pagi (Selasa) - 8.00 malam (Jumaat)

Kawasan:

1. Seluruh Kaw. Jln Kuantan By Pass Dari Lapangan Terbang Sehingga Seluruh Kaw. Indera Mahkota Termasuk Pandan, Permatang Badak Dan Bukit Rangin.

2. Seluruh Kaw. Jln Gambang Dari Kemunting Sehingga Simpang Gambang Termasuk Tanah Putih, Batu 3, Sg Isap, Tmn Tas, Seri Mahkota, Jaya Gading, Sri Damai, Kem Batu 10, Sri Fajar Dan Sehingga UMP.

3. Seluruh Jln Sg Lembing Dari Indera Mahkota Sehingga Bukit Bakong Termasuk Kg Padang, Tmn Impian, Bukit Kuin Dan Batu Sawar.

4. Seluruh Kaw. Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jln Hj Ahmad Dan Sebahagian Kaw. Bukit Ubi Dan Jln Lim Hoe Lek.

5. Seluruh Jln Pekan Sehingga Kg Ubai Termasuk Inderapura, Inderasempurna Tanjung Lumpur, Peramu, Sg Soi, Berjaya Permai, Pantai Sepat Dan Sekitar.

Punca: 

Kerosakan Pam Air Mentah Di Rumah Pam Kobat Dan Kerja Pembaikan Sedang Dijalankan.

Pengguna Di Kawasan Terlibat Akan Mengalami Gangguan Bekalan Air Seperti Berikut: 
  • Tekanan Rendah
  • Air Perlahan Dan Putus Bekalan.




Sumber: PAIP & FB

Tuesday 9 April 2013

Pinky : Samsung Galaxy Note II (Limited Edition)

Haaa....mana peminat pink? Atas bawah luar dalam pink. Mari..marii...ni ada smartphone pink pulak untuk anda.

Yaaa... Samsung Galaxy Note II versi pink edisi terhad. Versi yang ini ada 'pen'. Boleh la buat menulis atas skrin tu. Berapa banyak terhad tu aku pun tak tau.  Harga ditawarkan untuk Samsung Galaxy Note II versi pink adalah RM1999. Kurang seringgit je RM2000.  Korang gi la survey kat kedai-kedai berhampiran atau yang berjauhan. Mana tau bleh dapat special package pulak...hihihi



Spesifikasi seperti berikut (sama je laa...)

Network/Bearer and Wireless Connectivity
  • HSPA+21
  • EDGE / GPRS (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz)
  • HSPA+21mbps
  • WiFi a/b/g/n HT40
  • Wi-Fi Direct available
  • Bluetooth technology v 4.0 (Apt-X Codec support) LE
  • NFC available
  • USB 2.0 HOST, MHL
  • KIES, KIES Air support

Display
  • HD Super AMOLED
  • 5.5"
  • HD (1280 x 720)
  • S Pen available

OS
  • Android 4.1 (JellyBean)
Chipset
  • Quad Core Processor
  • 1.6GHz CPU Speed

lagi spec kat sini

Monday 8 April 2013

Hari Terbuka ATM 2013 (Kem Batu 10 TUDM Kuantan Pahang)

Hari Hujung minggu lalu (6-7 April 2013) telah berlangsungnya hari terbuka ATM 2013. Sambutan kali ini diadakan secara besar-besaran iaitu secara serentak di 32 kem seluruh negara. Aku sebagai warga Kuantan ketika ini juga tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat kenderaan, jet, helikopter, kereta, senjata dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan ATM.

Di Kuantan, program diadakan di Kem Batu 10 Jalan Gambang. Seawal jam 8 kereta dah memenuhi bahu jalan. menjelang tengahari, jalan semakin sesak...berbanding dengan tahun 2011, memang sambutan kali ini lebih meriah. Mungkin sebab dirasmikan oleh Perdana Menteri (Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Razak). Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang (Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob), Menteri Pertahanan Malaysia (Dato' Seri Dr. ahmad Zahid Bin Hamidi) dan  Panglima Angkatan Tentera Malaysia (Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin).

Program ini memang bagus dan menarik. Nak naik pesawat tak boleh, hanya kana-kanak je yang boleh...Hahahaa...jadi, tengoklah gambar-gambar yang aku sempat ambil kali ini (gear tak berapa power)


 Aksi payung terjun

 Pesawat Pilatus PC-7 (agaknya la...)

 Aksi patung terjun

 Kipas belakang helikopter

 Ekzos helikopter...pehh...berapa inci nih?

 Ni la heli tadi

 Kereta perisai

 Polis nih, mesin-gun, siap ada kamera macam speed-trap

 Punya la besar peluru nih...ada 30cm kot panjang nya

 Peluru berpandu...mana nak tembak nih

 Ni la senapang untuk peluru yang panjang tadi...

 Model pesawat pilatus

 Model pesawat lain (collector edition)

 Simulator training...ramai manusio

 Model pesawat lain (collector edition)


 Jet-jet pejuang

 Jet-jet pejuang

 Helikopter

 Kepala Helikopter pulak

Ramai manusia mengunjungi pameran ini


Sekian buat santapan mata anda. Ada kelapangan, ada rezeki, mungkin 2014 akan muncul lagi..

Thursday 4 April 2013

Siapa bilang orang kidal tak hebat

Di Malaysia, kalau sebut nama Abdul Rahman bin Mahmood mungkin hanya segelintir yang kenal. Tapi kalau sebut nama Man Kidal, memang cukup popular...nama pemain gitar utama kumpulan Lefhanded satu ketika dahulu, yang bermain gitar menggunakan tangan kiri. Adakah anda juga kidal? Mari baca info dan kejayaan taikun-taikun kidal seluruh dunia yang dipetik dari laman sosial facebook


Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Berikut merupakan ranking 10 tokoh kidal paling top di dunia yang dikeluarkan oleh Majalah TIME :

1) Barrack Obama - Presiden Amerika Syarikat.
2) Bill Gates - Orang ke-3 paling kaya di dunia versi Forbes
3) Oprah Winfrey - Selebriti wanita paling kaya di dunia
4) Babe Ruth - Pemain baseball legenda dengan 714 homerun
5) Napoleon Bonaparte - Jeneral perang legenda dari Perancis
6) Leonardo da Vinci - Seniman era rennaisance paling genius
7) Marie Curie - Saintis atom, penerima hadiah nobel
8) Aristoteles - Ahli falsafah era Yunani kuno
9) Ned Flanders - Salah seorang pelakon dalam siri animasi "The Simpsons".
10) Jimi Hendrix - Gitaris legenda dunia.

Apakah fakta mengenai individu kidal :

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Setiap kita yang hidup ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adakah anda juga salah seorang individu kidal?

Wednesday 3 April 2013

Mengapa nama taufan dan ribut selalunya nama wanita??


Di dunia ini banyak taufan dan ribut ganas, dan Sandy adalah salah satunya. Yang mengghairahkan menariknya tentang taufan-taufan ganas ini ialah rata-ratanya diberi nama wanita: Sandy, Katrina,Wilma, Irene, Able, Barbara, Carol, Dolly, semuanya nama wanita….

Mengapa taufan dan ribut selalunya mengambil nama wanita??

Mengikut ceritanya taufan dan ribut mengambil nama wanita kerana sifat taufan dan ribut itu sendiri yang dikatakan menyerupai wanita yang mudah mengamuk dan naik angin. Sebab tu mat salih ambil nama wanita untuk diberi nama kepada taufan-taufan ganas itu. Mengikut ceritanya lagi ada satu jawatankuasa khas di bawah United Nation bagi menamakan taufan-taufan ini. Walaupun sebahagian daripada ahli jawatankuasa pemberi nama taufan ini adalah wanita, mereka tetap bersetuju taufan ganas perlu diberi nama wanita. Mengapa? Mungkin hanya wanita yang lebih mengenali wanita…

Heheheeee....jangan marah aaaaa....

Parlimen Bubar, PRU 2013 menjelang


Kronologi pembubaran Parlimen hari ini (03 April 2013)

8.25 pagi - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Negara kira-kira jam 8.25 pagi tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.


PM meningalkan Istana Negara (pic: bharianonline)

9.10 pagi - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergerak keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

9.30 pagi - Datuk Seri Najib Razak tiba di Pejabat Perdana Menteri bagi mempengerusikan mesyuarat Kabinet, sebentar lagi.

10.00 pagi - Perdana Menteri akan berucap secara langsung di televisyen pada jam 11.30 pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

11.30 pagi - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara.

PRU bermula.....
Selamat berkempen bagi yang berkempen
Semoga PRU berjalan dengan lancar, tiada pertelingkahan, pertumpahan darah mahupun perceraian...
Jangan lupa menunaikan kewajipan anda untuk mengundi bagi yang layak!!!