Wednesday 19 October 2011

Pencawang Elektrik (PE)

Bagaimana anda boleh membaca Blog ini di atas skrin?

Kali ini aku nak bercerita berkenaan Pencawang Elektrik. Sebelum itu kita lihat rangkaian sistem kuasa elektrik di Malaysia yang menggunakan sistem Grid. Rangkaian di Malaysia terbahagi kepada Penjanaan - Penghantaran - Pembahagian. Bahagian yang aku nak ceritakan adalah bahagian Pembahagian...

Dalam pembahagian, terdapat Pencawang Masuk Utama (PMU), Pencawang Pembahagian Utama (PPU) dan Pencawang Elektrik (PE)


Apa itu Pencawang?  Pencawang ertinya mana-mana premis atau bahagiannya yang terkepung yang mempunyai radas sama ada mengubah atau menurunkan tenaga kepada atau daripada voltan tinggi ( selain daripada pengubah atau menurunkan tenaga semata bagi pengendalian peranti pensuisan atau peralatan) atau pensuisan , pengawalan atau pengawalseliaan tenaga pada voltan tinggi dan yang cukup besar untuk membolehkan orang masuk selepas radas diletakkan pada tempat itu dan termasuk radas di dalamnya. (Sumber : Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)

Terdapat 5 jenis PE iaitu Berbangunan, Luar Bangunan, Padat, Atas Tiang / H-Pole, dan Bawah Tanah. Namun yang digunapakai di Malaysia hanyalah 4 selain Bawah Tanah. Apa la yang aku katakan PE ni ye? Macamana la rupanya? Entah-entah hari-hari ditengok..ada kot kat depan rumah.



Gambar di atas merupakan PE Atas Tiang @ H-Pole. Kenapa namanya H-Pole sebab ada tiang kiri-kanan dan palang ditengah yang menjadikan seakan-akan huruf H. Gambar ini aku 'tembak' ketika di kawasan Parit Raja Batu Pahat Johor Malaysia. H-Pole ni banyak terdapat di kawasan kampung-kampung, yang mana penggunanya tidaklah terlalu ramai. Kalau kawasan perumahan biasanya tak pakai jenis nih, pakai berbangunan. 

Yang duduk kat tengah tuh namanya pengubah (transformer), yang ada tong bulat tuh "oil tank" untuk transformer tu la....Voltan masukan adalah 11kV, pengubah merendahkan voltan kepada 415V, 3 fasa, sumber 4 wayar. Voltan diantara 2 talian adalah 415V dan diantara mana-mana talian dah fasa ialah 240V. 240V ni la yang sampai ke rumah kita.. Inilah salah satu sebab kenapa anda boleh membaca Blog ini...hehee...

Ada "Switch Gear" yang menjaga sistem. Ada "feeder pillar" yang digunakan untuk membahagikan keluaran. Kalau kat kampung-kampung biasa diorang sebut line 1 - line 2 - line 3. Kalau padam line 1 mungkin line 2 dan 3 masih OK. Tapi kalau memang down semua...heeee...gelap laaa....

Kalaulah PE ni tiada....bayangkanalah apa akan terjadi pada barangan elektrik kita....11kV masuk....perghhh!!! Kebabommmmm !!!!

p/s: sesiapa nak buat hasil penulisan/hasil ilmiah nak ambil gambar nih atau apa2 maklumat sila lah...takde hal punyo...F.O.C..tapi tapis-tapis la mana yang patut

Friday 14 October 2011

Van MILO





Tahun lepas sempena World Cup Milo buat promosi Bola....tak berapa menarik perhatian aku...tahun ni tiba-tiba Koleksi Van MILO dari tahun 50'an sampai 2011....teruja pulak aku. Walaupun agak lewat aku tau tapi aku cuba lah jugak...macam2 hal aku tempuh demi nak dapat benda nih....heheee..macam macam....

Rare item.....

Tuesday 11 October 2011

Post Box (Stamp Week 2011)

Yeahhhh!!!.....Minggu Setem 2011 kembali lagi !!!!! Kepada peminat tegar, kipas susah mati setem sila hadirkan diri anda ke Sunway Piramid dari 10 - 16 Oktober 2011 (LG1). Program bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam...Dapatkan berbagai setem dan yang berkaitan dengannya di sana...

Sempena Minggu Setem ni, Pos Malaysia melancarkan setem baru bernama "Post Box". Koleksi ini berkenaan rekabentuk tong pos yang telah diguna pakai sejak dahulu hingga sekarang, disamping logo-logo Pos Malaysia.. Ada dalam bentuk setem, sampul surat hari pertama, folder, booklet dan poster. Jadi pilihlah mana yang berkenan di hati.

Di bawah ni adalah antara helaian yang ada....Setem RM 1 Tong Pos (Material:Spot UV & Emboss)